Anda Mencari Ejen Hartanah Kedah & Pulau Pinang? Mari Saya Bantu Anda!
Saya menawarkan perkhidmatan ejen hartanah khusus di negeri Kedah & Pulau Pinang. Perkhidmatan saya termasuk semak harga pasaran hartanah & mendapatkan pembeli yang berkualiti supaya hartanah anda dapat dijual dengan lebih pantas, mudah dan selamat. Jenis hartanah yang saya uruskan adalah kediaman, komersial dan tanah.





Siapa Abg Min Hartanah?
Saya Abdul Muhaimin, seorang ejen hartanah berpengalaman. Khidmat hartanah saya khusus di negeri Kedah dan Pulau Pinang sahaja. Saya lebih dikenali dengan nama panggilan Abg Min Hartanah di media sosial.
Saya juga adalah seorang ejen hartanah yang sah, berdaftar dengan Lembaga Penilaian Pentaksiran Ejen Hartanah (LPPEH) dengan no. pendaftaran REN 45306.
Jadi, Anda tak perlu risau.
Segala urusan hartanah anda akan dibuat mengikut garis panduan dan undang-undang hartanah Malaysia yang telah ditetapkan.
Sebelum Anda Jual Hartanah Anda...

Sebagai seorang pemilik hartanah pasti anda mempunyai satu matlamat yang penting untuk mencairkan aset hartanah anda.
Namun selagi mana hartanah belum dijual, maka semua rancangan akan tersangkut.
Proses mencairkan sebuah aset hartanah bukanlah suatu perkara yang mudah, lebih-lebih lagi jika tiada ilmu. Ia perlukan masa, komitmen dan pengalaman tertentu dalam bidang hartanah.
Faktor lambakan hartanah yang tidak terjual pada masa ini juga menjadikan sesebuah hartanah lebih sukar untuk dijual.
Kesannya, ada pemilik terpaksa tunggu dengan sangat lama untuk jual hartanah mereka hingga ada yang sanggup jual pada harga yang jauh lebih rendah di bawah harga pasaran!
Antara masalah yang biasa dihadapi oleh pemilik hartanah.
- Tak tahu cara nak jual, tak pasti apa proses yang perlu dibuat.
- Terlalu sibuk hingga tiada masa uruskan penjualan.
- Masa banyak dah terbuang lakukan urusan penjualan.
- Penat melayan kerenah dari pembeli yang tidak serius.
- Tinggal jauh dari kawasan hartanah. Kos pengurusan tinggi.
- Takut ditipu agen hartanah. Tak tahu siapa yang boleh dipercayai.
Namun, hari ini anda boleh Lupakan semua masalah itu.
Saya akan bantu anda.
Saya bantu jual rumah anda dengan lebih pantas, lebih mudah dan lebih selamat!

Bagaimana Saya Bantu Anda?
- Semakan harga pasaran rumah terus dengan valuer bank.
- Membuat kiraan keuntungan bersih dengan jelas kepada pemilik hartanah. Anda boleh tanya sampai faham.
- Membuat penerangan proses jual beli. Anda dapat tahu dengan jelas bila anda dapat duit hasil penjualan. Anda boleh tanya sampai faham.
- Memastikan tiada sekatan atau halangan tertentu semasa proses penjualan hartanah. Saya akan baca dan kenal pasti segala dokumen hartanah anda.
- Melakukan aktiviti pemasaran dan peingklanan rumah anda secara efektif dan agresif di kesemua channel hartanah. Saya mempunyai pasukan agen yang ramai di kawasan utara.
- Mencari dan menapis buyer yang berkualiti untuk membeli rumah anda. Kami hanya bawa pembeli yang berkualiti sahaja untuk view rumah anda.
Matlamat kami adalah jelas. Kami mahu rumah anda dapat terjual dengan lebih pantas, lebih mudah dan lebih selamat.
Portfolio Saya
Inilah sebahagian kejayaan saya sebagai Ejen Hartanah Kedah & Pulau Pinang dalam membantu pemilik rumah jual hartanah mereka.
Alhamdulillah aset mereka ini telah berjaya dijual. Mereka dapat terus bergerak kehadapan dengan duit hasil penjualan rumah.
Jangan biarkan matlamat hidup anda terhalang. Masa anda, matlamat anda amat penting untuk dicapai. Kami bantu anda anda untuk realisasikannya.

Soalan Lazim
Soalan yang kerap ditanya apabila nak jual hartanah.
Apa beza ejen hartanah berdaftar dan tidak berdaftar?
Yang tidak berdaftar kebiasannya adalah broker haram. Antara masalah yang akan timbul adalah akan berlaku banyak ketidaktelusan dalam rundingan. Rundingan tidak ada sokongan yang sah. Pergerakan wang anda juga lebih berisiko kerana besar kemungkinan akan masuk terus kepada akaun peribadi atau syarikat pihak broker tersebut.
Adakah seorang ejen hartanah boleh caj pemilik rumah secara sesuka hati untuk khidmat penjualan?
Tidak. Caj kami adalah standard mengikut undang-undang perejenan hartanah. Tiada mark up, atau apa-apa deal diluar praktis undang-undang perejenan hartanah yang dikenakan sekiranya anda melantik kami.
Sekiranya saya jual rumah dengan ejen hartanah berdaftar, adakah saya boleh dapat pengecualian cukai CKHT sekiranya dikenakan?
Ya. Anda juga berhak dapat pengecualian cukai penjualan hartanah oleh lembaga hasil bagi bahagian kos penjualan – fees ejen hartanah. Kami adalah ejen yang berdaftar dan diperakui.